“How Long Can You Live With Mesothelioma?”
This question is commonly asked by those who have been diagnosed with mesothelioma, a fatal form of cancer caused by asbestos. Unfortunately, as with most diseases, there is no one answer to how long a mesothelioma patient will live.
RadarRakyat.Info- Pasangan selebriti, Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura, 34, mengesahkan
mereka selamat mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu di
kediaman keluarga selebriti wanita itu di Petaling Jaya, Selangor.
Fattah
berkongsi, rombongan keluarganya berjumpa wakil Fazura pada tarikh
berkenaan untuk merisik dan bertunang, sekali gus menepis dakwaan mereka
mendirikan rumah tangga sebelum berlepas ke tanah suci.
"Alhamdulillah,
proses merisik dan bertunang berjalan dengan lancar apabila pihak
keluarga saya ke rumah keluarga Fazura," katanya dalam sidang media khas
yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Pelakon lelaki itu turut menafikan mereka sudah pun bernikah sebelum berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
"Kami juga tidak bernikah di Makkah," kata bintang yang popular dengan drama Suri Hati Mr Pilot itu.
Majlis
yang diadakan di kediaman nenek Fazura pada 14 November lalu pula,
katanya adalah majlis doa selamat sempena pemergian mereka ke Makkah.
Pasangan
selebriti itu muncul pada sidang media terbabit bagi menunaikan janji
sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menjelaskan segala desas-desus
mengenai pertunangan dan pernikahan mereka.
Fattah turut
menjelaskan, mereka kini sedang merancang majlis pernikahan selain dua
acara resepsi, masing-masing untuk keluarga dan media serta peminat.
Pasangan
terbabit baru saja kembali dari Makkah, hari ini, selepas lebih
seminggu berada di Arab Saudi bersama keluarga masing-masing.
0 Response to "Cantiknya Fazura di hari pertunangan dengan fattah Amin"
Posting Komentar